Bacaan Doa Makan Rumi Dan Jawi





Bacaan Doa Makan Rumi Dan Jawi. Sedikit perkongsian untuk adik-adik atau nitezen yang belum menghafal doa-doa tertentu seperti doa sebelum makan. Doanya cukup ringkas dan mudah dihafal dan diingati oleh semua orang. Doa ini anda harus tahu dan patut diajar pada anak-anak anda supaya mereka tahu kebaikan yang terdapat dalam doa makan..

Melalui artikel ini, admin kongsikan doa makan dalam tulisan rumi dan jawi untuk memudahkan anda membacanya. Semoga amalan ini sentiasa dalam diri setiap kali sebelum kita makan. Islam menyuruh kita berdoa supaya setiap rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan dam menjadi darah daging yang halal. Dijauhkan dari sebarang benda-benda haram..

Bacaan Doa Makan Rumi Dan Jawi

Bacaan Doa Makan Rumi Dan Jawi

Berikut dikongsikan doa makan untuk diri sendiri atau untuk diajar pada anak-anak kita. Semoga anda mendapat manfaat dengan artikel yang disampaikan..



Bacaan Doa Makan Rumi Dan Jawi

Doa makan rumi

Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna’adzaabannar

Maksudnya:

Ya Allah barakahkanlah kepada kami apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan peliharalah kami dari api neraka.

 

Ringkas bukan doa makan ini, doa ini rasanya dari dulu lagi sudah diajar pada kita. Dari kanak-kanak hingga dewasa. Kini kita yang sudah dewasa patut mengajarnya pada anak-anak dan terangkan sekali kebaikannya. Jangan dibiarkan rezeki yang akan menjadi tenaga kita masuk tanpa doa tersebut..

Video Doa Makan

Berikut admin kongsikan juga video doa sebelum makan yang diambil dari sumber YouTube ini. Boleh katakan banyak yang kongsikan cara bacaannya. Dari bacaan kanak-kanak sehingga bacaan dewasa dikongsikan dari sumber terbabit. Videodi bawah ini hanya sebahagiannya saja. Harap anda menonton video tersebut..

Selain itu doa ini dibacakan untuk dihindari dan dilindungi dari gangguan syaitan. Seperti yang diketahui, syaitan berupaya membuat sesuatu pada makanan yang akan dimakan oleh kita. Dengan doa ini, ia menghalangnya.

Ia juga menjadikan kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T..

Setakat ini saja apa yang admin dapat kongsikan. Mungkin artikel ini tidak lengkap tapi harap anda semua memahami apa yang cuba disampaikan oleh admin. Semoga artikel doa makan ini memberi anda manfaat walaupun tidak seberapa. Kita jupa dalam artikel doa yang seterusnya..






One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.