Bacaan Doa Selepas Azan Rumi Dan Jawi





Bacaan Doa Selepas Azan Rumi Dan Jawi. Setiap kali selepas azan 5 waktu kita seharusnya membaca satu doa, doa yang selalu diungkapkan oleh netizen yang beragama islam iaitu doa selepas azan. Boleh katakan setiap orang islam  WAJIB tahu bacaan doa tersebut. Bagaimana jika tidak tahu cara bacaannya ? Kalau begitu, kena paksa diri anda memperlajarinya..

Jadi, untuk blog post kali ini. Admin terangkan dan fokus serba sedikit bacaan doa selepas azan dalam rumi dan jawi.  Doa ini tidak panjang dan senang saja bacaannya. Ikutkan kalau menghafalnya dalam beberapa hari sudah pandai, lebih menarik boleh diajarkan pada anak-anak. Itu jika anda sebagai ibubapa. Kalau belum kawin, simpan untuk diri sendiri..huhu..

Bacaan Doa Selepas Azan Rumi Dan Jawi

Bacaan Doa Selepas Azan Rumi Dan Jawi

Untuk anda yang ingin memperlajari doa ini, admin kongsikan panduan bacaan doa selepas azan dalam rumi dan jawi. Anda semua boleh memhafalnya khusus untuk adik-adik. Berikut anda boleh melihat dibawah. In Sha Allah kalau anda fokus dalam bacaan tersebut, dalam beberapa hari anda berjaya menghafalnya..

Bacaan Doa Selepas Azan Rumi Dan Jawi

Bacaan Doa Selepas Azan Rumi

Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.
Innaka laatukhliful mi’ad.

Maksudnya

“Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kepada Nabi Muhammad ﷺ kedudukan yang tinggi dan terpuji, yang telah engkau telah janjikan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.



Cara Menjawab Lafaz Azan

Diriwayatkan hadis daripada Malik daripada Zuhri dari ‘Ata’ bin Yazid dari Abi Said al-Khudri (ra) berkata: “Bahawasanya Rasulallah ﷺ bersabda: “Apabila mendengar kamu panggilan Azan, maka sebutlah seumpama apa yang dilafazkan oleh muazin.” (Hadith an-Nasa’i)

Abu Sa’id al-Khudri berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkan muazzin (orang yang mengumandangkan azan) itu.”

Admin juga kongsikan panduan menjawab lazaf azan satu persatu. Ia seeloknya dijawab dengan perhahan-lahan hingga ke akhir. Berikut perkongsiannya..

Bacaan Doa Selepas Azan Rumi Dan Jawi

Video Bacaan Doa Selepas Azan

Berikut panduan tersebut dalam bentuk video, anda boleh tonton dibawah..

Semoga perkongsian doa selepas azan ini mendapat manfaat bersama..



Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.