Bacaan Doa Selepas Makan Rumi Dan Jawi





Bacaan Doa Selepas Makan Rumi Dan Jawi. Sambungan dari artikel dahulu yang berkongsi info tentang doa sebelum makan. Jika belum baca boleh klik pada link pautan yang diberikan itu. Dalam artikel kali ini admin mahu kongsikan sedikit info dan bacaan doa selepas makan. Sejujurnya admin bukan seorang yang arif dalam bab-bab hukum agama ini tapi admin cuba sampaikan melalui info-info yang boleh dipercayai..

Seperti yang diketahui umum, selepas makan kita seharusnya membaca doa tanda kesyukuran dengan rezeki yang diperolehi ketika itu. Sentiasa menghargai rezeki yang diberikan dan mendapat manfaat dan kelebihan bila selalu membaca doa selepas makan. Contohnnya mengelak berkongsi makan dengan syaitan..

Bacaan Doa Selepas Makan Rumi Dan Jawi

Bacaan Doa Selepas Makan Rumi Dan Jawi

Berikut admin kongsikan bacaan doa selepas makan untuk adik-adik atau sesiapa sahaja yang ingin memperlajarinya dan menjadikan amalan setiap hari..

Bacaan Doa Selepas Makan Rumi Dan Jawi

Doa Selepas Makan

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْنَ اَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Alhamdu lillahhil-ladzi ath-amanaa wa saqaana waja’alanaa minal muslimiin

Maksudnya:




Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta menjadikan kami memeluk agama islam

Manfaat Doa Selepas Makan

Ada beberapa manfaat bila kita selalu mengamalkannya di kehidupan seharian. Antaranya ialah..

  • Sentiasa berasa bersyukur dengan rezeki yang diperolehi
  • Mengelak dari melakukan pembaziran. Contohnya makanan tidak habis dimakan..
  • Menghindari dari makanan yang membahaya seperti meletakkan racun pada makanan. In Sha Allah dapat menghindarinya.
  • Hati menjadi tenang kerana sentiasa bersyukur dengan memberinya dari Allah S.W.T

Ini sedikit manfaat yang diperolehinya..

Video Bacaan Doa Selepas Makan

Sumber ini diambil dari YouTube, dengan menonton video memudahkan lagi adik-adik atau netizen menghafal doa tersebut. Berikut admin kongsikan,  pastikan anda menontonnya dibawah..

Jadi..

Sentiasa habiskan makanan yang dimakan oleh anda sebagai tanda terima kasih dengan rezeki tersebut. Kalau sebelum ini anda sentiasa melakukan pembaziran makanan. Selepas membaca info ini, anda tidak lagi melakukan dan sentiasa bersyukur dengan rahmatnya..

Semoga dengan info bacaan doa selepas makan ini membantu adik-adik sekalian..






Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.