Bacaan Doa Iftitah Rumi Dan Jawi Dalam Solat

Bacaan Doa Iftitah Rumi Dan Jawi Dalam Solat. Untuk mendapatkan manfaat bersama, admin ingin kongsikan Doa Iftitah untuk anda. Ada segelintir dari kita yang tidak boleh membaca dalam jawi..

Untuk itu, admin kongsikan Doa Iftitah rumi. Sama-sama perbaiki bacaan tersebut..

 

Bacaan Doa Iftitah Rumi Dan Jawi Dalam Solat

Untuk anda yang ingin memperlajari surah ini, admin kongsikan panduan Doa Iftitah Rumi. Anda semua boleh memhafalnya khusus untuk adik-adik. Berikut anda boleh melihat dibawah. In Sha Allah kalau anda fokus dalam bacaan tersebut, dalam beberapa hari anda berjaya menghafalnya..

 

Bacaan Doa Iftitah Rumi

Allaahu Akbaru kabiiraa

Walhamdu lillaahi katsiiraa

Wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila

Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardh

Haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiin

Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin

Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

Maksudnya:

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah.

Maha Suci Allah pagi dan petang.

Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam.

Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.

Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.

Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.

Doa Iftitah

 

Video Doa Iftitah Jawi

Sumber ini diambil dari YouTube, dengan menonton video memudahkan lagi adik-adik atau netizen menghafal Doa Iftitah tersebut. Berikut admin kongsikan, pastikan anda menontonnya dibawah..

Hukum Membaca Iftitah

Hukum membaca iftitah dalam solat adalah sunat. Ia boleh dibaca ketika solat fardu dan solat sunat. Jika tidak melakukanya, tidak perlu sujud sahwi. Membaca doa iftitah setelah takbiratul Ihram merupakan satu tuntutan Nabi SAW. Ianya merupakan satu bentuk pujian, sanjungan dan mengagungkan Allah SWT. Terdapat banyak hadis yang menunjukkan bahawa baginda SAW amat menitik beratkan pembacaan doa iftitah ini.

Pendapat majoriti ulama menyatakan membaca iftitah ini hanyalah sunat dan tidak membatalkan solat jika tidak dibaca, namun seeloknya kita mempraktikkan bacaan doa iftitah sebagai mengikuti sunnah Nabi SAW.

Baca Surah Lain >> Bacaan Doa Tidur Rumi Dan Jawi

Harapkan panduan ini memudahkan anda menghafalnya..

 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.