Niat Mandi Wajib Rumi Dan Jawi
|Niat Mandi Wajib Rumi Dan Jawi. Untuk mendapatkan manfaat bersama, admin kongsikan Niat Mandi Wajib untuk anda. Ada segelintir dari kita yang tidak boleh membaca dalam jawi..
Untuk itu, admin kongsikan bacaan niat dalam jawi dan rumi. Sama-sama perbaiki bacaan tersebut..
Niat Mandi Wajib Rumi Dan Jawi
Untuk anda yang ingin memperlajari niat ini. Anda semua boleh memhafalnya khusus untuk adik-adik. Berikut anda boleh melihat dibawah. In Sha Allah kalau anda fokus dalam bacaan niat tersebut, dalam beberapa hari anda berjaya menghafalnya..
Bacaan Dalam Rumi
Nawaitu Raf ‘al Hadasil Akbari Lillahi Ta’ala
Maksud:
Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala
Bacaan Dalam Jawi
Sumber ini diambil dari YouTube, menonton video memudahkan lagi adik-adik atau netizen menghafal niat tersebut. Berikut admin kongsikan, pastikan anda menontonnya dibawah..
Kenapa Mandi Wajib
Para ulama’ telah menetapkan beberapa perkara yang menyebabkan wajibnya mandi keatas seseorang sebelum dia melaksanakan ibadah. Perkara-perkara tersebut sepertimana yang disebut di dalam kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah ialah:
- Jima’ atau tenggelamnya hasyafah (kepala zakar) ke dalam faraj
- Keluar air mani
- Keluar darah Haid
- Keluar darah Nifas
- Keluar darah Wiladah
- Mati
(Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 114-117)
Cara Mandi Wajib
Para ulama’ telah menetapkan bahawa syarat fardu bagi mandi wajib hanya tiga, iaitu:
- Niat
- Menghilangkan najis jika sekiranya ada pada badan.
- Meratakan air ke seluruh rambut (bulu-bulu) dan badan.
(Rujuk Matan Ghoyah wa al-Taqrib: 21)
Ini bermaksud, kalau dah cukup kita lakukan 3 perkara ini, mandi wajib kita sah.
Perkara lain seperti mengambil wudhu dan mendahulukan anggota kanan adalah termasuk dalam perbuatan sunat.
Baca Surah Lain >> Bacaan Surah Maryam Rumi Dan Jawi
Harapkan panduan ini memudahkan anda menghafalnya..