Bacaan Tahiyat Awal / Tahiyal Akhir Rumi Dan Jawi
|Bacaan Tahiyat Awal / Tahiyal Akhir Rumi Dan Jawi. Berikut dikongsikan panduan bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir dalam solat lima waktu seharian. Ia akan dikongsikan bacaannya dalam tulisan jawi dan rumi untuk memudahkan anda mengikuti dalam kedua-dua bacaan tersebut. Artikel ini ditulis khusus bacaan itu sahaja, nanti untuk panduan lengkap solat. In Sha Allah saya akan kongsikan..
Bacaan tahiyat awal dibaca dalam rakaan kedua seperti solat zuhur, asar, maghrib dan isyak manakala bacaan tahiyat akhir dibaca akhir rakaat dalam setiap solat. Dilaman ini dikongsikan cara bacaan tersebut dalam kedua-dua bahasa untuk memudahkan anda membuat pilihan. Semoga anda dapat mendalami ilmu tersebut dalam kedua-duanya..
Bacaan Tahiyat Awal / Tahiyal Akhir Rumi Dan Jawi
Untuk anda yang ingin memperlajari doa ini, admin kongsikan panduan Bacaan Tahiyat Awal / Tahiyal Akhir dalam rumi dan jawi. Anda semua boleh memhafalnya khusus untuk adik-adik. Berikut anda boleh melihat dibawah. In Sha Allah kalau anda fokus dalam bacaan tersebut, dalam beberapa hari anda berjaya menghafalnya..
Bacaan Tahiyat Awal Jawi
Bacaan Tahiyat Awal Rumi
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad”
Maksudnya
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan Tahiyat Akhir Jawi
Bacaan Tahiyat Akhir Rumi
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad (#) kamaa sholaita ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, wa baarik ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi saidina Muhammad, kamaa baarakta ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, fil alamina innaka hamiidum majiid.”
Maksudnya
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. (#) Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Sumber > klik sini
Baca Doa Lain:
Video Bacaan Tahiyat Awal / Tahiyal Akhir Rumi Dan Jawi
Sumber ini diambil dari YouTube, dengan menonton video memudahkan lagi adik-adik atau netizen menghafal Bacaan Tahiyat Awal / Tahiyal Akhir tersebut. Berikut admin kongsikan, pastikan anda menontonnya dibawah..
Video pertama baca tahiyat awal dan video kedua baca tahiyat akhir. Semoga ianya memberi manfaat..