Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat Rumi Dan Jawi




Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat Rumi Dan Jawi. Dalam halaman ini admin mahu kongsikan bacaan doa selepas solat untuk adik-adik yang ingin memperlajarinya. Admin tahu ramai masyarakat diluar sana yang masih tidak tahu membaca doa selepas solat dalam jawi, kan walaupun doa tersebut ringkas sahaja. Ramai yang berdoa dalam bahasa yang difahami.. huhu. Tidak apa, janji kita selalu berdoa..Dan..

Merendahkan diri sujud pada Allah S.W.T. Untuk berdoa, anda mesti melakukannya dengan ikhlas, khusyuk, tertib penuh tawadu’ dan mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. Perlu di ingat, ia tidak boleh dilakukan secara sambil lewa kerana cara hidup ini telah diajar dengan tertib oleh BAGINDA RASULULLAH S.A.W. Oleh itu, dilaman ini admin kongsikan beberapa doa selepas solat ringkas untuk anda..

Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat Rumi Dan Jawi



Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat Rumi Dan Jawi

Untuk anda yang ingin memperlajari doa ini, admin kongsikan panduan Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat dalam rumi dan jawi. Anda semua boleh memhafalnya khusus untuk adik-adik. Berikut anda boleh melihat dibawah. In Sha Allah kalau anda fokus dalam bacaan tersebut, dalam beberapa hari anda berjaya menghafalnya..

Permulaan Doa

Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat Rumi Dan Jawi

Selawat Ke Atas Rasulullah S.A.W

Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat Rumi Dan Jawi

Doa Ringkas Rumi Dan Jawi

Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat Rumi Dan Jawi

Doa Penutup

Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat Rumi Dan Jawi

Doa selepas solat yang boleh difahami oleh anda. Selain itu admin juga kongsikan doa-doa ringkas yang lain yang boleh dibaca selepas solat. Antaranya ialah..

Bacaan Doa Lain

  1. Bacaan Doa Selepas Azan Rumi Dan Jawi

Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat Rumi Dan Jawi 2

Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat Rumi Dan Jawi

Bacaan Doa Selepas Solat Rumi

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil muraslin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.

Maksud Doa

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

 

Ini antara doa selepas solat yang dapat dikongsikan untuk anda, semoga ianya mendapat manfaat bersama..



One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.