Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Rumi Dan Jawi

Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Rumi Dan Jawi. Untuk mendapatkan manfaat bersama, admin ingin kongsikan Solat Sunat Aidilfitri untuk anda. Ada segelintir dari kita yang tidak boleh membaca dalam jawi..

Untuk itu, admin kongsikan Solat Sunat Aidilfitri rumi. Sama-sama perbaiki bacaan tersebut..

HUKUM PELAKSANAAN

Hukum Solat Dua Hari Raya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha adalah Sunat Muakkad (sunat yang amat dituntut). Ianya disunatkan samada secara berjemaah ataupun bagi orang yang bersendirian, bermukim atau bermastautin.

PERSIAPAN SEBELUM SOLAT

  1. Disunat mandi kerana dua raya sekalipun dia tidak mahu hadir sembahyangnya kerana ia hari berhias.
  2. Sunat makan sebelum menunaikan sembahyang.
  3. Yang lebih utama adalah tamar dan dengan bilangan ganjil.
  4. Tidak makruh sembahyang sunat sebelumnya selepas naik matahari.
  5. Dan Sunat menghidupkan malam raya dengan ibadat. Terhasil demikian itu dengan menghidupkan sebahagian besar malamnya.

WAKTU PELAKSANAAN

Waktu pelaksanaan sholat Hari Raya adalah di antara terbitnya matahari dan tergelincirnya pada hari raya tersebut..

TAKBIR

Takbir Dua Hari Raya terbahagi kepada dua bahagian :
a. Takbir Mursal iaitu takbir yang tidak dilaksanakan selepas solat
b. Takbir Muqayyad iaitu takbir yang dilakukan setelah selesai solat

Takbir adalah disunatkan bagi lelaki dan wanita samada musafir atau mastautin. Sunat bertakbir di rumah-rumah atau di jalan-jalan atau di masjidmasjid, di pasar-pasar dan di kawasan lapang dan terbuka.

Takbir Mursal disunatkan mulai dari terbenamnya matahari malam sebelum hari raya dan berterusan sehingga imam masuk untuk melaksanakan solat hari raya.

Takbir Muqayyad disunatkan sejurus selepas melaksanakan solat-solat fardhu samada tunai dan qadha’. Begitu juga setelah Solat Sunat Rawatib, Solat Sunat Mutlak dan Solat Jenazah.

PANDUAN SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI DALAM TEMPOH PKP

  1. Berikut adalah kaedah solat Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh PKP:
  2. Solat sunat hari raya hendaklah dilaksanakan di rumah masing-masing;
  3. Solat sunat hari raya boleh dilaksanakan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian;
  4. Hanya dibenarkan berjemaah dalam kalangan ahli keluarga dalam rumah tersebut sahaja;
  5. Ahli keluarga yang baru sembuh dari COVID-19 dan yang diarahkan untuk kuarantin di rumah tidak dibenarkan menyertai solat sunat secara berjemaah;
  6. Walau bagaimanapun, kedua-dua individu dalam kategori tersebut boleh melaksanakan solat sunat hari raya secara bersendirian;
  7. Pesakit dan petugas di hospital dibenarkan melaksanakan solat sunat hari raya tertakluk kepada peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak KKM;
  8. Bagi petugas yang diamanahkan bertugas di surau/masjid, mereka boleh melaksanakan solat sunat hari raya tertakluk kepada pekeliling dan arahan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Rumi Dan Jawi

 

Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Rumi Dan Jawi

Untuk anda yang ingin memperlajarinya, admin kongsikan panduan Solat Sunat Aidilfitri Rumi. Anda semua boleh memhafalnya khusus untuk adik-adik. Berikut anda boleh melihat dibawah. In Sha Allah kalau anda fokus dalam bacaan tersebut, dalam beberapa hari anda berjaya menghafalnya..

1. Solat dilaksanakan sebanyak dua rakaat

2. Lafaz niat bagi yang mengerjakan solat sunat Aidilfitri

Lafaz Niat Solat Raya (Iman)

Lafaz Niat Solat Raya (Iman)

Usolli Sunnatan ‘idilfitri Rak’ataini imaman Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.

 

Lafaz Niat Solat Raya (Makmum)

Niat Solat Raya (Makmum)

Usolli Sunnatan ‘idilfitri Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

 

Lafaz Niat Solat Raya (Sendirian)

Lafaz Niat Solat Raya (Sendirian)

Usolli Sunnatan ‘idilfitri Rak’ataini Adaan Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat tunai kerana Allah Taala.

Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Rumi Dan Jawi

 

3. Hukum pada rukun-rukun, syarat-syarat dan sunat-sunat seperti sembahyang-sembahyang yang lain.
4. Solat dimulakan dengan Takbiratul Ihram dengan niat sembahyang Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.
5. Pada rakaat pertama hendaklah membaca doa iftitah lalu diikutidengan 7 kali takbir (selain takbiratul ihram), sebelum membaca.( أعو ذ ابهلل من الش يطان الرج ي) awwuz’ta
6. Lafaz bagi doa Iftitah adalah seperti berikut :

doa iftitah

Doa Iftitah Rumi

Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina.

Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.

Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin

 

7. Selesai bacaan Iftitah, kita akan bertakbir sebanyak tujuh kali yang diselang-seli dengan bacaan tasbih.(Takbir tujuh kali dan tasbih enam kali)

Bacaan Tasbih Rumi Dan Jawi

bacaan tasbih

Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallahu Wallahu Akbar Walaa Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim

Maksudnya:

Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

 

8. Selesai takbir sebanyak tujuh kali, seterusnya kita akan membaca surah al-Fatihah.
9. Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula ayat daripada surah al-Quran seperti surah al-A’la (atau surah yang lain).Pemilihan surah adalah bebas.
10. Solat diteruskan dengan rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.

 

Rakaat Kedua

  1. Bertakbirlah sebanyak lima kali yang diselang-seli dengan bacaan tasbih.(Takbir lima kali dan tasbih empat kali).
  2. Seperti rakaat pertama, pada rakaat kedua juga dibacakan surah al-Fatihah.(Surah al-Fatihah adalah rukun dalam solat, oleh itu ia wajib dilakukan)
  3. Bacalah surah daripada surah al-Quran seperti Surah AL Falaq (atau surah yang lain).
  4. Solat diteruskan dengan rukuk dan sujud sehinggalah selesai rakaat kedua.
  5. Memberi salam.

Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Rumi Dan Jawi 2

DUA KHUTBAH

  1. Selepas memberi salam disunatkan berkhutbah dengan dua khutbah bagi jemaah tidak bagi yang sembahyang bersendirian.
  2. Dua khutbah ini sama seperti dua khutbah Jumaat pada rukun-rukun dan sunat-sunatnya tetapi tidak sama pada syarat-syaratnya.
  3. Sunat dia bertakbir pada pembukaan khutbah pertama sebanyak 9 kali dan bertakbir pada pembukaan khutbah yang kedua sebanyak 7 kali secara berturut-turut dan menyebutnya satu persatu.

# Lafaz takbir hari raya ini berakhir sebelum solat sunat hari raya dilaksanakan.

 

Sumber rujukan > akuislam dan Jabatan Mufti Negeri Perak..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.