Kelebihan Hari Jumaat Yang HARUS Anda Tahu

Kelebihan Hari Jumaat Yang HARUS Anda Tahu. Di hari jumaat yang berkat ini, saya ingin kongsikan manfaat dan kelebihan di hari Jumaat. Jom kita belajari ilmu dan menambahkan pengetahuan tentang hari jumaat yang mungkin anda semua tidak tahu lagi. Bagi lelaki muslim, di hari tersebut juga akan diwajibkan untuk sembahyang Jumaat berjemaah. Setiap minggu anda (lelaki) diberi ilmu dan pengetahuan melalui kutbah-kutbah yang disampaikan..

Firman Allah yang bermaksud : “Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui”. (Surah Jumaah ayat 9)

Dalam ayat itu, Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk kepentingan dunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini menggambarkan bahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib dikerjakan..

Kelebihan Hari Jumaat Yang HARUS Anda Tahu

Kelebihan Hari Jumaat Yang HARUS Anda Tahu

Berikut saya kongsikan kelebihan hari jumaat untuk manfaat bersama, antaranya ialah..

Satu
Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari kiamat. Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda maksudnya : “Tidaklah daripada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

Dua
Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

Tiga
Waktu solat subuh membaca surah al-Sajdah dan surah Al-Insan.

Empat
Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas

Lima
Memperbanyakkan do’a, zikir dan selawat

Firman Allah Dalam Al-Quran maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)”. (Surah Al-Ahzab, ayat 56)

Kelebihan Hari Jumaat Yang HARUS Anda Tahu

Enam
Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

Tujuh
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.”

Lapan
“Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.”

Sembilan
“Mereka yang berdo’a dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.”

Sahabat,

Marilah kita sama-sama kita menfaatkan malam dan hari Jumaat untuk kita mempertingkankan amal ibadah, berdo’a dan berselawat kepada Nabi s.a.w. Hari Jumaat adalah hari kebesaran umat Islam. Terdapat banyak pahala , ganjaran dan keistimewaan yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi s.a.w khusus untuk umat Islam yang mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Semoga kalian semua beroleh keberkataan dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t. dalam amalan soleh yang kalian kerjakan.

Sumber >klik sini

Baca Doa Lain

Video Kelebihan Hari Jumaat Yang HARUS Anda Tahu

Sumber ini di ambil dari YouTube, dengan menonton video memudahkan lagi adik-adik atau netizen mengetahui kelebihan hari jumaat. Berikut admin kongsikan, pastikan anda menontonnya dibawah..

Semoga ilmu ini memberi anda manfaat..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.