Bacaan Surah Al Kafirun Rumi Dan Jawi
|Bacaan Surah Al Kafirun Rumi Dan Jawi. Untuk mendapatkan manfaat bersama, admin ingin kongsikan Surah Al Kafirun untuk anda. Ada segelintir dari kita yang tidak boleh membaca dalam jawi. Untuk itu, admin kongsikan bacaan Surah Al Kafirun rumi. Sama-sama perbaiki bacaan tersebut..
Bacaan Surah Al Kafirun Rumi Dan Jawi
Untuk anda yang ingin memperlajari surah ini, admin kongsikan panduan Surah Al Kafirun Rumi. Anda semua boleh memhafalnya khusus untuk adik-adik. Berikut anda boleh melihat dibawah. In Sha Allah kalau anda fokus dalam bacaan tersebut, dalam beberapa hari anda berjaya menghafalnya..
Surah Al Kafirun Rumi
Bismillaahir Rahmaanir Raheem
1) QUL YAA AYYUHAL KAAFIRUUN
2) LAA A’BUDU MAA TA’BUDUUN
3) WA LAA ANTUM AABIDUUNA MAA A’BUD
4) WA LAA ANA AABIDUN MAA ABADTUM
5) WA LAA ANTUM ABIDUUNA MAA A’BUD
6) LAKUM DIINUKUM WA LIYADIIN
Terjemahan:
1) Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir
2) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
4) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
5) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
6) Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.
Surah Al Kafirun Jawi
Berikut anda boleh melihat dibawah. In Sha Allah kalau anda fokus dalam bacaan tersebut, dalam beberapa hari anda berjaya menghafalnya..
Video Bacaan Surah Al Kafirun Rumi Dan Jawi
Sumber ini diambil dari YouTube, dengan menonton video memudahkan lagi adik-adik atau netizen menghafal Surah Al Kafirun tersebut. Berikut admin kongsikan, pastikan anda menontonnya dibawah..
Pengenalan Surah Al Kafirun
Surah Al-Kafirun (سورة الكافرون) adalah surah ke-109 dalam Al Quran. Surah ini terdiri atas 6 ayat dan termasuk surah Makkiyah. Nama Al Kaafiruun (orang-orang kafir) diambil dari kata yang muncul pada ayat pertama surat ini.
Isi kandungan surah ini adalah tidak diizinkannya berkompromi dalam bentuk mencampuradukkan ajaran agama.
Pada masa penyebaran Islam di Mekkah, kaum Quraisy yang menentang Rasulullah SAW tak henti-hentinya mencari cara untuk menghentikan ancaman Islam terhadap kepercayaan nenek moyang mereka.
Pada salah satu upaya tersebut mereka berusaha mengajukan cadangan kompromi kepada Rasulullah SAW dimana mereka menawarkan: jika Rasulullah mahu memuja Tuhan mereka, maka merekapun akan memuja Tuhan sebagaimana konsep Islam. Kemudian surah ini diturunkan untuk menjawab hal itu.
Baca Surah Lain >> Bacaan Surah Ar-Rahman Rumi Dan Jawi
Harapkan panduan ini memudahkan anda menghafalnya..