Bacaan Surah AL Falaq Rumi Dan Jawi Untuk Amalkan

Bacaan Surah AL Falaq Rumi Dan Jawi Untuk Amalkan. Untuk mendapatkan manfaat bersama, admin ingin kongsikan Surah AL Falaq untuk anda. Ada segelintir dari kita yang tidak boleh membaca dalam jawi. Untuk itu, admin kongsikan bacaan Surah AL Falaq rumi. Sama-sama perbaiki bacaan tersebut..

Bacaan Surah AL Falaq Rumi Dan Jawi

 

Bacaan Surah AL Falaq Rumi Dan Jawi Untuk Amalkan

Untuk anda yang ingin memperlajari surah ini, admin kongsikan panduan Surah AL Falaq Rumi. Anda semua boleh memhafalnya khusus untuk adik-adik. Berikut anda boleh melihat dibawah. In Sha Allah kalau anda fokus dalam bacaan tersebut, dalam beberapa hari anda berjaya menghafalnya..

 

Bacaan Surah AL Falaq Rumi

Bismillaahir rahmaaniir rahiim

Qul a-‘uuzu birabbil falaq.

Min syar-rimaa khalaq.

Waminn syar-ri ghaa-siqin izaa waqab.

Waminn syar-rinn naffaa-tsaati fil ‘uqad.

Waminn syar-rihaa sidin izaa hasad

 

Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Katakanlah (Wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan Yang menciptakan sekalian makhluk.

Dari bencana makhluk-makhluk Yang ia ciptakan.

Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk.

Dan dari kejahatan makhluk-makhluk Yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).

Dan dari kejahatan orang Yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.

 

Bacaan Surah AL Falaq Jawi

Berikut dikongsikan Surah AL Falaq diikuti dengan bacaan jawi seperti berikut..

Bacaan Surah AL Falaq Jawi

 

Info Pengenalan Surah AL Falaq

Surah Al-Falaq (سورة الفلق) adalah surah yang tergolong surah Makkiyah selepas Surah Al-Fiil. Surah ini mengandungi lima ayat dan diletakkan dalam susunan surah sebagai surah yang ke-113.

Seorang Arab Yahudi bernama Labid ibn Asim yang merupakan antara munafik telah mengenakan Ilmu Hitam (sihir) kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Dia telah mengambil rambut baginda dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkanya di bawah batu berhampiran telaga bernama Zarwan.

Akibatnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengalami kekeliruan dan was-was tentang perkara yang telah dilakukan dan belum dilakukan baginda (walaupun ia tidak mempengaruhi ajaran dan sifat kenabian baginda).

Maka, malaikat Jibrail turun menghadap baginda dan memberitahu perkara yang sebenar dan menyampaikan dua surah iaitu Surah al-Falaq dan Surah An-Nas. Baginda bersama para sahabat baginda pergi ke telaga tersebut dan mengalihkan simpulan rambut tersebut.

Ketika setiap kali surah dibaca, simpulan itu terurai dengan sendirinya dan ketika simpulan yang kesebelas terurai, baginda telah bebas dari pengaruh ilmu hitam tersebut. (Rujukan: Tafsir Ibn Kathir & Ma’arif al-Qur’an)

Menurut Abdullah Yusuf Ali, pada waktu zaman kenabian Nabi Muhammad SAW, terdapat seorang bomoh perempuan yang mengenakan sihir hitam ke atas musuhnya menggunakan sihir pada simpulan. Dengan itu, Allah menurunkan surah ini sebagai perlindungan daripada sihir tersebut, WIKI..

Bacaan Surah AL Falaq Rumi Dan Jawi

 

Video Bacaan Surah AL Falaq Jawi

Sumber ini diambil dari YouTube, dengan menonton video memudahkan lagi adik-adik atau netizen menghafal Surah AL Falaq tersebut. Berikut admin kongsikan, pastikan anda menontonnya dibawah..

Harapkan panduan ini memudahkan anda menghafalnya..

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.