Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadan Harian, Bulanan Rumi Dan Jawi

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadan Harian, Bulanan Rumi Dan Jawi. Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian, tiga beberapa hari saja lagi akan tiba bulan Ramadan dan seluruh  umat islam di dunia akan berpuasa selama sebulan. Bulan yang berkat datang lagi tahun ini, ambil peluang ini memperbanyakkan ibadat dan membuat perkara yang baik. Semoga anda sudah mempersiapkan diri untuk berpuasa dalam bulan yang mulia ini..

Untuk itu, saya ingin berkongsikan niat puasa bulan Ramadan dilaman ini dalam tulisan jawi dan rumi untuk mereka yang ingin mempelajarinya. Jika belum tahu niat puasa bagaimana, ambil peluang mempelajari disini. Lafaz niatnya sangat ringkas, boleh katakan mudah untuk menghafal dan berkongsikan pada orang ramai..

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadan Harian, Bulanan Rumi Dan Jawi

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadan Harian, Bulanan Rumi Dan Jawi

Untuk anda yang ingin memperlajari doa ini, admin kongsikan beberapa Lafaz Niat Puasa. Anda semua boleh memhafalnya. Berikut anda boleh melihat dibawah. In Sha Allah kalau anda fokus dalam bacaan tersebut, dalam beberapa hari anda berjaya menghafalnya..

Lafaz Niat Puasa Ramadan Harian Jawi Dan Rumi

َوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i; Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Maksud:

Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

 

Lafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan Jawi Dan Rumi

َوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksud:

Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

 

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadan Harian, Bulanan Rumi Dan Jawi

 

Bacaan Doa Berbuka Puasa Rumi Dan Jawi

Berikut dikongsikan juga doa berbuka puasa, anda boleh mengikuti bacaan doa tersebut dibawah..

ن اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين

Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin

Maksud:

Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

Sumber > klik sini

 

doa buka puasa

 

Video Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadan Harian, Bulanan Rumi Dan Jawi

Sumber ini di ambil dari YouTube, dengan menonton video memudahkan lagi adik-adik atau netizen mengetahui Lafaz Niat Puasa Ramadan. Berikut admin kongsikan, pastikan anda menontonnya dibawah..

Semoga ilmu ini memberi anda manfaat..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.