Kelebihan Surah Al Ikhlas Dalam Kehidupan
|Kelebihan Surah Al Ikhlas Dalam Kehidupan. Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian, moga sentiasa sihat dan ceria selalu. Berikut saya ingin kongsikan kelebihan mereka yang selalu membaca surah Al Ikhlas dalam kehidupan seharian. Surah Al Ikhlas ini pendek sahaja iaitu mempunyai empat ayat dan surah ke 112 dalam Al Ouran. Rasanya semua orang pandai membaca surah ini, kan tapi ramai yang belum mengetahui kelebihannya..
Al Ikhlas bererti kesucian atau Penulenan. Untuk itu, dilaman ini saya kongsikan sedikit kelebihan surah Al Ikhlas untuk ilmu dan pengetahuan kita bersama..
Kelebihan Surah Al Ikhlas Dalam Kehidupan
Satu, Tercapai Setiap Hajat
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib. Berdoalah dan minta apa yang dihajati. Allah akan mengabulkan semua yang diminta.
Dua, Penawar Penyakit
Dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali selepas setiap solat fardu, ia menjadi pelindung dan penawar kepada penyakit yang ada pada diri sendiri. Daripada Abu Hurairah – Rasululllah s.a.w. bersabda:
“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit rohani dan jasmani.”
Tiga, Menghindari Kesukaran
Jika di baca 3 surah ini, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas, pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 kali sebelum terbit matahari dan 3 kali selepas terbenam matahari. Allah akan selamatkan diri dari segala kejahatan.
Empat, Menundukkan Orang Zalim
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian berdoalah pada Allah supaya ditundukkan orang yang zalim itu.
Lima, Diselamatkan Dari Di Zalimi Makhluk Lain
Lafazlah ‘Ya Somad’ 133 kali setiap hari dengan istiqamah. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang jahat dan zalim.
Amalkanlah ‘Ya Somad’ 40 kali setiap hari. InsyaAllah selagi hayat dikandung badan kita selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.
Enam, Mengurangkan Rasa Lapar Dan Dahaga
Andai sedang di dalam musafir dan terasa haus serta lapar, cubalah amalan ini.
Bacalah Surah Al-Ikhlas dan lafazlah ‘Ya Somad’ sebanyak-banyaknya. InsyaAllah rasa letih, dahaga dan lapar akan hilang dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.
Tujuh, Menghindarkan Diri Dari Segala Bencana
Baca Surah Al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak. InsyaAllah anda akan dilindung dan terhindar dari semua bala bencana dan mara bahaya.
Sumber > klik sini
Entry Terkait:
Video Ceramah Kelebihan Surah Al Ikhlas Dalam Kehidupan
Sumber ini di ambil dari YouTube, dengan menonton video memudahkan lagi adik-adik atau netizen mengetahui Kelebihan Surah Al Ikhlas. Berikut admin kongsikan, pastikan anda menontonnya dibawah..
Semoga ilmu ini memberi anda manfaat..