Kelebihan Hari Rabu Dalam Islam

Kelebihan Hari Rabu Dalam Islam. Jika sebelum ini saya ada kongsikan kelebihan hari jumaat, anda yang belum baca boleh klik link pautan yang diberikan itu. Untuk itu, hari ini saya kongsikan kelebihan hari Rabu dalam Islam untuk anda. Perkongsian ini sekadar untuk mendapatkan ilmu, pengetahuan dan manfaat bersama sesama agama..

Hari rabu nampak macam hari biasa saja, kan. Tapi dalan Islam ada beberapa kejadian yang terjadi pada hari tersebut. Dapat mengetahui pengetahuan tersebut, In Sha Allah menjadikan kita lebih mencintai agama dan menambahkan IMAN didada. Sepertimana berikut, saya kongsikan kelebihan hari rabu dalam islam..

Kelebihan Hari Rabu Dalam Islam

Kelebihan Hari Rabu Dalam Islam

Dari Anas bin Malik r.a. ia berkata bahawa Rasullullah telah ditanya mengenai hari Rabu. Maka Baginda menjawab, ” Hari Rabu adalah Hari Bencana yang terus menerus”. Para Sahabat bertanya, ” Mengapa demikian Ya Rasulullah ?” Lalu Baginda menjawab, ” Kerana pada hari itu Allah telah menenggelamkan ( menghancurkan) Fir’aun dan kaumnya, memusnahkah kaum Aad dan kaum Tsamud, yaa’ni kaum Nabi Allah Saleh r.a. yang engkar terhadap kerasulan dan kenabiannya.

Mengikut pendapat sesetengah Ulamak, maka barang siapa yang hendak sembuh dari penyakit, hendaklah ia mengamalkan meminum ubat pada Hari Rabu.

Perkara-perkara Yang Berlaku Pada Hari Rabu:

Satu
Auj bin Unuq dibinasakan dengan Burung Hud Hud.

Dua
Allah s.w.t. menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan kekayaannya ke dalam perut bumi.

Tiga
Fir’aun dan kaumnya dibinasakan dengan ditenggelamkan di dalam Sungai Nil.

Empat
Allah s.w.t. menghancurkan Raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga kedalam telinganya. .

Lima
Allah s.w.t menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.

Enam
Syadad bin Aad dibinasakan dengan suara Jibrail a.s.

Tujuh
Allah s.w.t. menghancurkan kaum Nabi Hud a.s. dengan menghembuskan angin yang kuat.

Artikel Terkait

Video Ceramah Kelebihan Hari Rabu Dalam Islam

Sumber ini di ambil dari YouTube, dengan menonton video memudahkan lagi adik-adik atau netizen mengetahui Kelebihan Hari Rabu. Berikut admin kongsikan, pastikan anda menontonnya dibawah..

Semoga ilmu ini memberi anda manfaat..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.